Isnin, 7 April 2014

Menghilangkan urat dibetis

Kenapa Urat Kaki Mudah Tersimpul



Urat simpul ini berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia pernah berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan.

Masalah urat simpul adalah masalah yang biasa dialami oleh kaum hawa. Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah yang berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada bahagian bawah kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos). Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding kaum lelaki.
Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul dibawah kulit, namun ia juga boleh berlaku dimana-mana bahagian badan yang lain.



 

Penyebab urat simpul
Urat simpul berlaku apabila injap darah tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan anda boleh melihatnya di bawah kulit.
Malangnya, tidak banyak yang anda boleh lakukan untuk mengelak atau mnghalang masalah ini daripada berlaku. Tetapi jangan putus asa. Ada beberapa perkara yang anda boleh cuba untuk mengelak atau mengurangkan urat simpul.
 

Cara mengelak atau mengurangkan urat simpul
1. Baring atau tidur mengiring kekiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior anda. Letakkan bantal di bawah kaki dan  di belakang anda, jangan duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama.
2. Berjalan-jalanlah sekurang-kurangnya sekali setiap setengah jam. Anda juga boleh membuat beberapa senaman ringkas seperti berjalan untuk melancarkan peredaran darah.
3.  Elakkan dari duduk sambil bersilang kaki. Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki. Tinggikanlah kaki anda bila-bila boleh. Gunakan bangku kecil atau kotak.
4. Amalkan diet yang seimbang dan sihat. Pertambahan berat yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh membuatkan anda mudah mengalami masalah urat simpul.
5. Pemakaian seluar ketat atau stoking sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi juga dapat menghalang urat simpul daripada berlaku atau menghalangnya daripada menjadi teruk, ini akan dapat mengelak darah untuk berkumpul di kaki. Namun tiada jaminan seluar ketat atau stoking ini  dapat mengelak dari berlakunya urat simpul tetapi ia mungkin dapat mengurangkan ketidakselesaan yang anda rasa.Terdapat pelbagai jenis seluar ketat (tights) dan stokin khas untuk ibu mengandung yang anda boleh cuba pakai untuk mengelakkan darah dari berkumpul di kaki.
Biasanya urat simpul tidak menyebabkan masalah yang serius. Tetapi jika ia berlaku di kawasan perenium iaitu kawasan diantara faraj dan dubur, doktor anda perlu mengawasinya dengan serius semasa anda bersalin. Beliau akan memastikan semasa anda meneran, perineum anda tidak akan terkoyak kerana ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk.
Dapatkan rawatan segera sekiranya urat simpul anda tidak hilang selepas bersalin
Jika urat simpul anda tidak hilang selepas bersalin anda boleh dapatkan rawatan. Namun lebih baik jika anda tunggu sehingga anda telah selamat melahirkan jumlah anak yang anda inginkan sebelum anda menjalani rawatan kerana urat simpul berkemungkinan bertambah teruk dalam setiap kehamilan yang seterusnya
 

Petua Untuk Mengurangkan Urat Kaki Timbul Semasa Hamil
Petua 1
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Petua 2
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam.
Petua 3
Bancuh sedikit asam jawa dengan sedikit air. Sapukan pada kaki setiap malam.
Petua 4
Apabila hendak tidur, tinggikan kaki dengan meletakkan bantal di bawahnya.

 Petua 5
Amalkan merendam kaki kedalam besen air suam selama 15 hingga 20 minit setiap hari'
urut jari kaki sebelum dan selepas tidur satu per satu ke arah hujung jari kaki. Nak mulakan jari kaki yang mana? Ikut kaedah turutan potong kuku kaki dalam islam. 

  Jika perkara diatas berterusan sehingga selepas bersalin, lakukan perakara ini;

  1. Ambil segenggam kacang hijau
  2. rebus dengan air bersih tanpa mencampurkan apa apa bahan pun sehingga mendidih
  3. sebelum kacang hijau tersebut pecah kulitnya dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah rebusan tadi dari dapur
  4. ketika hendak tidur ulangi amalan tiga langkah diatas.
  5. Minum air rebusan tersebut bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan